Kami merupakan barisan kepimpinan dan pengurusan KRT yang dipilih setiap 2 tahun sekali. Pemilihan barisan pengurusan KRT akan dilakukan pada penghujung dwitahunan dimana satu Mesyuarat Pemilihan akan dijalankan dan dipantau oleh Jabatan Perpaduan.
Pemilihan dilakukan secara demokrasi dimana penduduk yang hadir pada mesyuarat tersebut akan memberi nama dan melakukan pengundian secara terbuka.
Barisan kepimpinan KRT terdiri dari 6 ahli diperingkat tertinggi iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari. Selebihnya adalah barisan AJK yang diwakili oleh wanita, warga emas dan pemuda taman serta 2 pemeriksa kira kira.