Slide Bergambar
Previous
Next
Program Gotong Royong 2022
Slide Pertama
Like,Share and Subscribe!!!
Slide Kedua
Share You Support!!!
Slide Ketiga
Like our page
Program gotong royong membasmi nyamuk di kawasan taman telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran agensi Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Majlis Perbandaran Hulu Selngor.
Pihak Majlis telah menyediakan 3 buah lori termasuk sebuah lori kontraktor untuk mengangkut sampah sampah yang telah dibersihkan oleh penduduk taman.
Program ini telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Pihak Pejabat Kesihatan telah berkongsi risalah dan abait untuk kegunaan penduduk. Pihak KRT telah menyediakan sedikit jamuan pagi sebagai sarapan sebelum memulakan kerja kerja pembersihan.
Laluan dibelakang rumah telah dilakukan terutama dikawasan yang banyak semak samun dan sampah yang terkumpul. Pihak KRT mengucapkan syabas kepada semua pihak yang terlibat iaitu AJK KRT, penduduk taman dan agensi kerajaan yang terlibat yang membantu menjayakan kempen tersebut. Tidak lupa juga kepada En Hafiz, wakil dari JPNIN yang datang melihat program yang sedang dijalankan.
Moga taman kita kembali ceria dan dihindari dari penyakit deman denggi yang berpunca dari nyamuk aedes.


Post a Comment