13hb Januari 2023 - Kerja kerja semburan telah dijalankan di Taman Camilla Bakawali bermula jam 6.00 petang. Kerja kerja ini telah dijalankan oleh pejabat kesihatan memandangkan kejiranan kita sudah mempunyai kes denggi.
Aktiviti semburan kabus atau fogging merupakan langkah pencegahan yang terakhir bagi membunuh nyamuk aedes dewasa dan bukannya langkah paling utama.Cara ini merupakan salah satu kaedah untuk membasmi dan mengurangkan populasi nyamuk dewasa dan ianya hanya berkesan untuk jangka masa pendek sahaja.
Oleh itu untuk mengelakkan berlakunya wabak di kejiranan kita,pejabat kesihatan telah menjalankan kerja kerja fogging untuk membunuh nyamuk aedes dan kawasan pembiakan jentik jentik.
Semoga langkah langkah ini dapat mengurangkan kes denggi yang berlaku di kejiranan kita.



Post a Comment