Setelah sekian lama,akhirnya aplikasi mobil (mobile apps) Camilla Bakawali telah berjaya diadakan dan sudah berada di platform google play. Aplikasi ini diadakan untuk memudahkan komuniti Taman Camilla Bakawali untuk mendapat maklumat terkini tentang aktiviti yang dianjurkan oleh KRT.
Dengan adanya aplikasi ini akan memudahkan komuniti mendapat maklumat hanya melalui telefon pintar masing masing tanpa perlu tercari cari melalui web browser. Hanya perlu memuat turun aplikasi Camilla Bakawali yang boleh diperolehi di dalam platform googleplay.
Dalam aplikasi ini terangkum beberapa aplikasi lain. Maka ia akan memudahkan komuniti dengan hanya satu aplikasi ini sahaja,semua maklumat berkaitan akan diperolehi.
Dalam aplikasi ini terdapat link rasmi :
1. Facebook KRT Camilla Bakawali
2. Yotutube Video KRT Camilla Bakawali
3. Website rasmi KRT Camilla Bakawali
Pihak pengurusan KRT Camilla Bakawali akan cuba mengemaskini maklumat untuk kemaslahatan komuniti serta ianya kekal relevan sebagai sumber maklumat untuk kebaikan komuniti Camilla Bakawali.



Post a Comment