Dalam majlis tersebut, seramai 17 KRT dari 19 KRT telah hadir untuk menyerikan majlis tersebut. Pihak JPNIN iaitu Pn Nor Faizah Binti Kamaruddin dan En Mohamad Izad Haffiz turut hadir dalam majlis tersebut.
Majlis tersebut dimulai dengan penerangan terkini dari En Izad berkenaan Sistem Maklumat Perpaduan versi 2.0. Seterusnya majlis tersebut diteruskan dengan ucapan dari Tuan Azali. Beliau memberi sedikit perkongsian dan pengalaman beliau dalam mengelola krt.
Pn Nor Faizah selaku Pegawai Perpaduan Daerah turut memberi sedikit ucapan dan penghargaan kepada Tuan Azali dan juga KRT yang berjaya mengadakan majlis ini.
Majlis tersebut diteruskan dengan pemberian sedikit cenderahati kepada Tuan Azali.
Majlis tersebut berakhir dengan sedikit jamuan kepada semua hadirin yang hadir dan berakhir dalam jam 10.00 malam.




Post a Comment