Tarikh 18hb Ogos 2024 - Pihak pengurusan KRT Camilla Bakawali 2C telah mengambil keputusan untuk membaikpulih kabin KRT yang semakin uzur dan merbahaya untuk digunakan. Keadaan bumbung yang bocor serta siling banyak yang sudah jatuh. Lantai kabin juga telah melendut dan agak merbahaya kepada AJK yang menggunakannya untuk sebarang aktiviti kemasyarakatan.
Sehubungan dengan itu,kerja kerja meroboh kabin telah dilaksanakan bersama dengan AJK dan penduduk yang berlapang pada tarikh tersebut. Kerja kerja tersebut telah selesai pada waktu tengahari.
Terima kasih kepada AJK dan penduduk yang sudi turun padang untuk merobohkan kabin tersebut. Langkah seterusnya adalah untuk menyediakan bahan asas untuk membina kembali kabin tersebut.
Semoga kabin dapat disiapkan selepas ini. Gambar aktiviti dapat dilihat di Facebook rasmi KRT Camilla Bakawali 2C.



Post a Comment