Kehidupan bermasyarakat menuntut kita untuk saling bekerjasama demi kesejahteraan bersama. Salah satu cara paling mudah ialah melalui aktiviti gotong-royong yang biasanya menekankan aspek kebersihan kawasan perumahan. Malangnya, masih terdapat segelintir jiran yang memilih untuk tidak menyertai aktiviti ini.
Impak Tidak Menyertai Gotong-Royong
1. Kebersihan Tercemar
Kawasan yang tidak dijaga boleh menjadi tempat longgokan sampah, semak samun, dan air bertakung. Hal ini mengundang bau busuk serta merosakkan imej kejiranan.Bukan sekadar itu, ia akan mencemar imej kepada kredebiliti komuniti atas sikap ketidakpedulian soal kebersihan dan memberi persepsi buruk kepada penduduk luar yang datang ke kejiranan kita.
2. Punca Penyakit
Sampah yang tidak dibersihkan boleh menarik tikus, lipas, dan lalat. Air bertakung pula menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan demam denggi. Kesihatan bukan sahaja terjejas kepada mereka yang tidak peduli, tetapi juga jiran lain yang tidak bersalah.
3. Merosakkan Semangat Komuniti
Bila hanya segelintir yang bergotong-royong, beban menjadi tidak seimbang. Ini boleh menimbulkan rasa kecil hati dan jurang antara jiran yang rajin membantu dengan jiran yang hanya “tumpang bersih”.
KENAPA PERLU TURUT SERTA ?
Gotong-royong bukan sekadar aktiviti membersih kawasan, tetapi juga ruang untuk mengeratkan silaturahim, mengenali jiran, serta membina rasa kebersamaan. Dengan usaha bersama, persekitaran lebih bersih secara saksama dan tidaklah tertumpu kepada sesuatu tempat sahaja, risiko penyakit dapat dikurangkan serta hubungan dan tanggungjawab komuniti menjadi lebih kuat serta harmoni.
Kesimpulan:
Sikap tidak menyertai gotong-royong bukan sahaja menjejaskan kebersihan, malah boleh mengundang penyakit berbahaya. Sebagai jiran yang prihatin, marilah kita sama-sama berganding bahu menjaga kebersihan persekitaran kerana ia adalah tanggungjawab bersama demi kesihatan dan kesejahteraan seluruh komuniti.



Post a Comment