KRT Camilla Bakawali Dipilih Sebagai Juri Sukaneka Perpaduan Tahun 2025

 


Pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) yang lalu, satu program meriah sempena Hari Sukan Negara telah berlangsung di Batangkali di bawah kelolaan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Hulu Selangor. Program yang diberi nama Sukaneka Perpaduan 2025 ini berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, ibu bapa serta guru-guru Tadika Perpaduan dalam suasana penuh keceriaan dan semangat perpaduan.

KRT Camilla Bakawali berasa amat berbesar hati apabila telah diberi kepercayaan untuk menjadi juri rasmi bagi pertandingan sukaneka kali ini. Seramai lapan (8) orang wakil juri daripada KRT Camilla Bakawali telah hadir untuk menjalankan tanggungjawab mengadili pelbagai acara menarik yang dipertandingkan sepanjang program berlangsung.


Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar 1.00 tengah hari itu diwarnai dengan pelbagai acara sukaneka yang penuh gelak tawa dan semangat kesukanan. Antara acara yang menarik perhatian ialah larian dalam guni, isi air dalam botol dan beberapa pertandingan kreatif yang direka khas untuk menceriakan hari tersebut.

Turut hadir dalam program ini ialah pegawai-pegawai dari pelbagai jabatan, barisan guru Tadika Perpaduan serta para ibu bapa yang memberi sokongan penuh kepada anak-anak mereka.

Pelibatan KRT Camilla Bakawali dalam acara ini bukan sahaja menunjukkan komitmen terhadap pembangunan perpaduan masyarakat, tetapi juga memperkukuhkan hubungan kerjasama antara KRT dan agensi kerajaan dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan di peringkat daerah.

Semoga penyertaan ini menjadi inspirasi kepada semua KRT lain untuk terus memainkan peranan aktif dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukarelawanan di kalangan komuniti setempat.



Post a Comment

Previous Post Next Post

Subscribe Us

Bitcoin