Keprihatinan terhadap nasib mangsa banjir di Perak telah mendorong KRT Camilla Bakawali, bersama beberapa NGO lain, untuk melaksanakan satu misi bantuan kemasyarakatan ke Simpang Halt, Trong, Perak pada hari Khamis, 30 Oktober 2025.
Misi ini menyaksikan sebanyak 85 biji toto berjaya dikumpulkan hasil sumbangan ikhlas daripada ahli keluarga Camilla Bakawali serta orang luar yang sama-sama ingin membantu mereka yang ditimpa musibah. Sokongan yang diberikan ini jelas menunjukkan semangat kebersamaan dan kepedulian masyarakat tanpa mengira sempadan.
Perjalanan ke Trong bermula sebelum subuh dan rombongan selamat tiba sebelum jam 9.00 pagi. Setibanya di lokasi, KRT Camilla Bakawali bersama KRT Trong telah turun padang menyerahkan sendiri sumbangan kepada mangsa banjir. Walaupun keadaan masih mencabar, proses agihan berjalan dengan lancar dan teratur.
Program ini berakhir sekitar jam 11.00 pagi dan meninggalkan satu rasa syukur kerana dapat sedikit sebanyak meringankan beban mangsa yang terjejas. Semoga segala usaha dan sumbangan ini menjadi amal jariah, dan semoga mangsa banjir diberikan kekuatan serta ketabahan oleh Allah SWT untuk menghadapi dugaan ini.
Misi ini membuktikan bahawa apabila komuniti bersatu, semangat kemanusiaan mampu mengatasi segala cabaran



Post a Comment