Pihak KRT Camilla Bakawali 2C yang diwakili oleh Pengerusi, Pn Hasliza bersama sama dengan NGO lain telah ke Baling untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir dimana tragedi banjir tersebut telah berlaku pada 4hb Julai.
Dalam kejadian tersebut, banyak rumah yang rosak dan mangsa banjir telah kehilangan harta benda. Kejadian tersebut juga telah meragut beberapa nyawa.
Kejadian ini berlaku tatkala umat Islam sedang bersiap sedia untuk merayakan Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban pada 16hb Julai 2022.
Seramai 534 mangsa banjir telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara yang disediakan. Semoga mangsa banjir tabah menghadapi hari hari mendatang. Pihak KRT Camilla Bakawali 2C bersimpati dengan tragedi tersebut dan cuba membantu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka dengan mengumpul sumbangan dari penduduk Camilla Bakawali 2C.
Pihak KRT mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Camilla Bakawali yang turut sama menyumbang kepada misi ini.







Post a Comment