Pertandingan Futsal Piala Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2022

Upacara Sepakmula oleh YDP Majlis Perbandaran Hulu Selangor

KRT Camilla Bakawali telah mengadakan pertandingan Futsal Terbuka Piala Ahli Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Hulu Selangor.  Ini adalah julung pertama kali pertandingan ini diadakan selepas PKP.

Pertandingan futsal ini telah dirasmikan oleh YDP Majlis Perbandaran Hulu Selangor dengan kehadiran bersama Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor. 

Pada awalnya, pertandingan ini dicadangkan secara tertutup hanya untuk daerah Hulu Selangor, tetapi mendapat banyak permintaan di luar daerah Hulu Selangor untuk turut bersama memeriahkan sukan futsal ini. Oleh itu, hasil perbincangan dengan beberapa Ahli Majlis Perbandaran,maka keputusan tercapai untuk menjadikan sukan futsal ini diadakan secara terbuka.

Sebanyak 30 pasukan telah berdaftar untuk pertandingan kali ini. Pertandingan ini telah bermula dalam jam 9.30 pagi dan berakhir dalam jam 5 petang.


Slides Your Store

Hosting Promotion Store

Post a Comment

Previous Post Next Post

Subscribe Us

Bitcoin