Program Sarapan Pagi




18hb Mac 2023
- Pihak KRT Camilla Bakawali telah mengadakan program sarapan pagi bersama warga Camilla Bakawali. Walaupun agak terlewat dalam menghebahkan kepada warga Camilla Bakawali, sambutan tetap tidak mengecewakan. Terima kasih kepada warga Camilla yang sudi hadir dan tidak lupa juga kepada AJK KRT yang turut sama meraikan dengan penduduk taman.

Ramai juga warga Camilla Bakawali yang hadir untuk memeriahkan suasana pagi bersama anak anak. Malah ada yang sudi untuk membawa tikar untuk dijadikan tempat untuk menikmati juadah sambil berborak santai.

Program ini dijalankan sempena Ramadhan yang bakal datang pada minggu hadapan. Untuk itu, pihak KRT ingin mengucapkan Marhaban Ya Ramadhan.

Pucuk Selasih Bertunas Menjulang, 
Dahannya Patah Tolong Betulkan, 
Puasa Ramadhan Kembali Menjelang, 
Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan, 

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Bulan Ramadhan 2023/ 1444H



Gambar Slide

Aktiviti Sarapan Pagi Bersama Penduduk

Post a Comment

Previous Post Next Post

Subscribe Us

Bitcoin