17hb Mac 2023 - Remaja Camilla Bakawali telah sama sama membantu KRT Camilla untuk memasang khemah. Selepas memasang khemah untuk program yang akan diadakan pada esok pagi, 18hb Mac 2023, satu sessi ringkas bersama remaja Camilla Bakawali telah diadakan untuk memberi sedikit penerangan ringkas tentang program yang akan diadakan khas untuk remaja pada 19hb Mac 2023.
Disamping itu, pihak KRT juga telah memberi sedikit maklumat tentang program KRT yang akan datang dan berharap remaja Camilla Bakawali dapat turut serta memeriahkan program program yang dianjurkan.
Sessi tersebut telah dihadiri bersama dengan Setiausaha KRT, En Azhar dan Bendahari KRT, En Md Noor. Turut serta bersama adalah salah seorang penduduk yang sudi bersama membentuk remaja Camilla Bakawali, En Dullrani yang merupakan salah seorang penduduk yang selalu menyantuni remaja Camilla Bakawali.



Post a Comment