15hb Julai 2023 - Jiran Wanita KRT Camilla Bakawali telah mengadakan program lawatan muhibbah ke Melaka. Lebih kurang 40 orang penduduk telah turut serta dalam program tersebut yang terdiri dari kalangan keluarga warga Taman Camilla Bakawali termasuk kanak kanak.
Pihak KRT telah menempah sebuah bas dan mengenakan yuran sebanyak RM30 seorang untuk program tersebut. Yuran tersebut termasuk dengan sarapan pagi.
Semua berkumpul di depan kabin KRT dan bas bertolak seawal dalam 7 pagi.
Antara Itinerari lawatan adalah seperti berikut :
World Bee Museum
Perigi Hang Tuah
Hang Tuah center
Masjid Selat
Bandar Hilir
Pantai Klebang
dan Masjid Sendayan
Gambar Slide



Post a Comment