Tanda Tanda Kedatangan STROKE

Dalam sebuah pesta, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba-tiba si isteri tersandung & jatuh. Si isteri meyakinkan semua orang, bahawa dia baik-baik saja, hanya tersandung batu kerana kekok dengan kasut  barunya.

Si isteri dan suami tetap hadir di pesta itu sepanjang malam.  Beberapa waktu kemudian, suaminya menelefon, bahawa isterinya dibawa ke hospital dan sekitar jam 6 pagi telah meninggal dunia. Si isteri terkena serangan stroke ketika di majlis pesta. 

Kalau di antara mereka ada yang tahu bagaimana mengenali orang yang diserang stroke, kemungkinan si isteri masih boleh hidup. 

Seorang pakar neurologi menyatakan, bahawa penderita stroke dalam 3 jam yang pertama serangan, dapat sembuh sepenuhnya jika dengan cepat dapat mengenali gejala, mendiagnos & membawa pesakit untuk mendapatkan rawatan sesegera mungkin. Jangan lewat dari 3 jam, kerana akan mengakibatkan kerosakan kekal.*

CARA MENGENALI SERANGAN STROKE

Menghafal S - B - A : 

Para doktor menyatakan orang terdekat dengan si penderita dapat mengenali stroke dengan menanyakan 3 pertanyaan sederhana. 
Ingat 3 Langkah  S-B-A

  iaitu :

S: Senyum
Minta penderita untuk tersenyum. 
Kalau pipi dia senget, maka ada kelumpuhan saraf, ini gejala stroke. 

B-bicara
Minta penderita untuk bercakap kalimat singkat, misalnya: Aku mahu minum atau apa saja. 
Kalau percakapannya pelat, sukar difahami, ini gejala stroke.

A - Angkat 2 tangan
Minta penderita untuk mengangkat kedua belah tangan.
Kalau tidak boleh mengangkat tangannya bererti ada kelumpuhan, ini sedang dalam proses berlakunya stroke. 

Jika ada salah satu gangguan yang nampak dalam melakukan SBA ini, segera panggil ambulan & ceritakan keadaan ini kepada petugas. 

Cara lain untuk mengenali stroke
Adalah: Minta orang tersebut menjulurkan lidahnya. 
Jika "bengkok" menyimpang ke satu arah, ini juga merupakan suatu tanda dari gejala stroke. 

Kita tidak tahu siapa diantara kita yang akan  terkena stroke suatu hari nanti.

Moga info-info ini membantu..

Ø£َعُوذُ بِÙƒَÙ„ِÙ…َاتِ اللهِ التَّامَّاتِ Ù…ِÙ†ْ Ø´َرِّ Ù…َا Ø®َÙ„َÙ‚َ

Maksudnya

“Aku memohon perlindungan daripada kalimah-kalimah-Mu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan.”

Post a Comment

Previous Post Next Post

Subscribe Us

Bitcoin