Tarikh : 4hb Julai 2023 - Pihak KRT Camilla Bakawali telah mengadakan program menyantuni golongan gelandangan di Kuala Lumpur bermula jam 9:30 malam.
Pihak KRT menyediakan juadah mee goreng beserta dengan air mineral. Lebih kurang 164 pek makanan telah diagihkan kepada warga gelandangan di 3 lokasi yang berdekatan.
AJK yang turut serta meraikan program ini terdiri dari Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha KRT, Penolong Setiausaha, Pn Mek selaku ketua biro kebajikan, saudara Ridzuan dan juga saudara Harmizi yang membuat rondaan lokasi sebelum pengagihan dimulakan.
Misi program tersebut berjaya dilaksanakan walaupun dalam suasana hujan sedikit dan selesai dalam jam 11:00 malam.
Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan yang memberi sokongan moral.



Post a Comment