Gotong Royong Membaikpulih Mercu Tanda


Tarikh : 21hb Jan 2024 - Membuka lembaran tahun 2024, pihak KRT Camilla Bakawali telah mengadakan aktiviti membaikpulih mercu tanda KRT Camilla Bakawali di laluan masuk ke taman. Program bermula pada jam 8:00 pagi dan berakhir dalam jam 1.30 tengahari.

Aktiviti membaikpulih tersebut meliputi mengecat semula bumbung,tiang besi dan touch up logo. Pokok pokok renek yang mati digantikan dengan tanaman pokok pokok herba seperti kunyit,temulawak,kaduk,bayam brazil,pegaga kampung,aloe vera,daun kari dan lain lain herba yang disumbangkan oleh penduduk taman.

Tidak lupa juga kepada penduduk taman yang sudi menyumbang makanan pagi seperti minuman teh, kuih akok,donut.

Terima kasih kepada semua yang sudi memeriahkan suasana

Gambar gambar menarik boleh rujuk Facebook


Post a Comment

Previous Post Next Post

Subscribe Us

Bitcoin