Mesyuarat Tahunan & Pemilihan Pengurusan KRT Untuk Sessi 2024/2025


Tarikh : 30hb Dis 2023
- Pihak pengurusan KRT Camilla Bakawali 2C telah mengadakan Mesyuarat Tahunan & Pemilihan Pengurusan KRT untuk sessi 2024/2025.

Sebelum mesyuarat dimulakan, KRT telah mengadakan program bersarapan pagi bersama penduduk dan program sukaneka untuk warga Camilla Bakawali terutamanya untuk kanak kanak. 

Program sukaneka dimulakan dengan mini marathon untuk kanak kanak seterusnya pelbagai sukaneka lain diadakan seperti 

Aktiviti sukaneka diberhentikan seketika pada Jam 10:00 pagi, dimana Pn Shamsiah pegawai baru JPNIN telah hadir untuk bersama sama dalam mesyuarat Tahunan seterusnya mengesahkan perlantikan 5 AJK Tertinggi terdiri dari Pengerusi, Tim Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari. 

Selesai mesyuarat, aktiviti sukaneka diteruskan sehinggalah ADUN Batangkali, YB Tuan Muhammad Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani hadir untuk bersama sama dengan penduduk Taman Camilla Bakawali seterusnya menyampaikan sedikit bantuan kepada warga Camilla dan menyampaikan hadiah.

Program tersebut berakhir pada jam 12:00 Tengahari.

Gambar gambar menarik boleh lihat di Facebook rasmi KRT Camilla Bakawali 2C

Post a Comment

Previous Post Next Post

Subscribe Us

Bitcoin