Tarikh 29hb Sept 2024 - KRT Camilla Bakawali telah mengadakan majlis penubuhan SRS bersama sama dengan warga Camilla Bakawali dimana KRT Camilla Bakawali telah menjemput En Mohamad Izat Haffiz, pegawai dari JPNIN untuk memberi sedikit taklimat dan penerangan tentang penubuhan SRS.
Majlis yang diadakan pada Jam 8:30 malam dengan dihadiri warga Camilla Bakawali telah membuka satu lembaran baru untuk mewujudkan keharmonian dikalangan penduduk untuk memastikan kawasan taman berada dalam keadaan selamat. Dengan majlis tersebut,maka tertubuhlah Skim Rondaan Sukarela (SRS) di KRT Camilla Bakawali. Selepas dari itu adalah tindakan dari KRT dan penduduk untuk menyusun diperingkat perlaksanaan.
Selain dari itu, KRT Camilla Bakawali telah mengadakan pertandingan mencipta nama Kabin KRT Camilla Bakawali bermula pada 12hb Sept 2024 sehingga 26 Sept 2024. Seramai 12 ahli komuniti telah masuk bertanding dan keputusan rasmi berhubung nama kabin KRT dan pemenang telah diumumkan pada malam tersebut.
Pemenang untuk pertandingan MENCIPTA NAMA KABIN KRT, yang mendapat undian tertinggi dikalangan warga Camilla Bakawali iaitu sebanyak 26 undi adalah Pn Norizan Bt Md Kasim dimana nama kabin yang diilhamkan oleh beliau adalah ILHAM KASIH CAMILLA.
Apakah idea serta inspirasi yang dicurahkan oleh beliau dengan nama tersebut ?. Bagi beliau, "Ilham Kasih Camilla diberi nama dalam membina sebuah komuniti yang progresif & harmoni dalam memupuk semangat perpaduan, keamanan, kejiranan, keselamatan, pembangunan dan kasih sayang dalam memupuk perpaduan semua kamu dalam sebuah komuniti".
Dengan ini maka nama kabin KRT Camilla Bakawali yang diinspirasikan oleh salah seorang dari ahli komuniti KRT Camilla Bakawali adalah ILHAM KASIH CAMILLA.
Majlis diteruskan dengan pemberian saguhati kepada 11 lagi ahli yang telah masuk bertanding. Curahan dan idea yang disumbangkan oleh mereka tidak dilupakan atau dipersiakan.
Majlis disudahi dengan sedikit jamuan makan yang dikongsikan bersama oleh penduduk Camilla dan berakhir pada jam 11.00 malam. Terima kasih kepada semua AJK terutamanya saudara Din London selaku penyelia yang bertungkus lumus menyediakan BBQ untuk dikongsikan bersama penduduk yang hadir.
Tidak lupa kepada semua AJK lain yang turun padang menjayakan bersama program pada malam itu. Terima kasih kepada penduduk yang hadir yang menyokong majlis pada malam itu terutamanya cadangan penubuhan SRS.







Post a Comment