Mesyuarat Pertama Jiran Wanita KRT Camilla Bakawali



Tarikh 28hb Oktober 2024 - Jiran Wanita KRT Camilla Bakawali telah mengadakan mesyuarat Pertama bermula Jam8.45Malam di Pondok Ilham Kasih Camilla (IKC). Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi KRT Camilla Bakawali.

Timbalan Pengerusi KRT telah memberi beberapa perkongsian dan harapan kepada Jiran Wanita agar dapat merancang program untuk kebaikan wanita. Sessi tersebut bermula dengan sesi perkenalkan diri dan melantik AJK Jiran Wanita.

Pelbagai program telah dirancang dan diperbincangkan untuk diketengahkan ke peringkat Jawatankuasa KRT Camilla Bakawali untuk diperhalusi. Ramai kaum wanita yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tersebut berakhir dalam Jam 10:00 malam dengan menikmati sedikit juadah yang dibawa oleh kaum wanita. Tahniah untuk kaum wanita. Semoga menjadi salah satu biro yang aktif untuk kebaikan wanita Camilla Bakawali.

Gambar program boleh layari facebook rasmi KRT Camilla Bakawali



Post a Comment

Previous Post Next Post

Subscribe Us

Bitcoin