Program Gotong Royong Perdana 2024


Tarikh 15hb Disember 2024 - KRT Camilla Bakawali telah mengadakan program gotong royong perdana di Jalan Bakawali 2C/1 .Kerja kerja memotong pokok pokok besar dan membersih di laluan tersebut telah dilaksanakan. 

Kerja kerja tersebut bermula pada jam 9:00 pagi dan berakhir pada jam 1:30 tengahari. AJK KRT dan warga Camilla Bakawali yang prihatin telah turun padang untuk menjayakan program tersebut. Beberapa batang pokok kelapa dan pokok besar telah ditebang untuk memastikan laluan tersebut selamat dan tidak mengganggu talian elektrik.

Syabas kepada semua yang hadir dan menjayakan program tersebut. Gambar keseluruhan program tersebut boleh dilayari laman sosial rasmi KRT Camilla Bakawali

Post a Comment

Previous Post Next Post

Subscribe Us

Bitcoin