Program Mini Sukaneka Di Ambang Tahun 2025




Tarikh 29hb Disember 2024 - KRT Camilla Bakawali telah mengadakan Mini Sukaneka dan Karnival Di Ambang Tahun 2025.

Pelbagai aktiviti mini sukaneka diadakan bertujuan untuk merapatkan serta mengeratkan hubungan sesama kejiranan. Walaupun masih dalam cuti sekolah,penglibatan komuniti Camilla Bakawali menggalakkan.

Malah pihak KRT juga telah menjemput Jabatan Bomba dari Bukit Sentosa untuk turut serta dengan mengadakan sedikit perkongsian tentang keselamatan dan mengadakan demonstrasi bagaimana memadam api. Pihak Penduduk diberi pendedahan dan praktikal bagaimana memadam api.

Selain dari itu,dengan menambah sedikit keceriaan dan keriangan di wajah kanak kanak penduduk Taman Camilla Bakawali, pihak bomba telah memancutkan air bomba kepada kanak kanak. Kanak kanak terlompat keriangan bila berpeluang untuk menaiki kereta bomba sambil bersorak keriangan dengan air bomba yang dipancutkan kearah mereka



Gambar sepenuhnya berkenaan program ini boleh dilayari di laman sosial KRT Camilla Bakawali






Post a Comment

Previous Post Next Post

Subscribe Us

Bitcoin