Tarikh 31hb Disember 2024 - Dalam Tahun 2024, pelbagai program telah dirancang serta disusun oleh KRT Camilla Bakawali. Akhirnya segala perancangan yang disusn berjaya dilaksanakan olehpun dengan kekangan masa AJK yang terlibat dengan bajet yang ketat
Bermula pada Januari 2024 pihak KRT telah menghantar kaum wanita ke bengkel membuat ais krim kepada sesiapa yang berminat.
Seterusnya menggalakkan amalan sihat seperti briskwalk setiap pagi pada hujung minggu. Sehingga kini sudah 6 kali amalan ini dilaksanakan dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan.
Sempena bulan kemerdekaan, pihak KRT telah mengikuti kempen Jalur Gemilang di peringkat Hulu Selangor yang telah dilaksanakan di Kuala Kubu Bharu. Selain dari itu, KRT Camilla Bakawali telah menganjurkan Sambutan Hari Kemerdekaan dengan mengadakan pelbagai sukaneka untuk komuniti Taman Camilla Bakawali.
Komuniti Camilla Bakawali juga didedahkan ke dunia luar melalui lawatan ke kilang roti Gardenia dan Coklat Beryl's.
Tidak lupa juga kepada keindahan kawasan Camilla Bakawali, Mercu Tanda yang terletak di laluan masuk ke taman juga dibaikpulih agar tidak luntur dari pandangan setiap mata yang memasuki taman.
Agar, KRT Camilla Bakawali terus dikenali, satu kunjungan muhibbah telah dilaksanakan ke KRT Sitiawan Barat. Jalingan muhibbah serta bertukar tukar fikiran memberi peluang kepada komuniti untuk mengenali masyarakat diluar sana.
Pusat operasi KRT Camilla Bakawali adalah di kabin yang terletak di padang berhampiran padang futsal telah dinaiktaraf memandangkan ianya sudah terlalu uzur dan merbahaya kepada AJK serta komuniti yang berkumpul untuk menjayakan pelbagai program. Malah kabin tersebut telah diberi nama baru iaitu ILHAM KASIH CAMILLA, nama yang telah dipilih oleh kebanyakan penduduk Camilla Bakawali.
Dengan aktifnya kaum wanita,maka tertubuhlah salah satu cabang dalam KRT Camilla Bakawali, iaitu Jiran Wanita yang akan menjadi nadi dalam memperkasakan kaum wanita di Taman Camilla Bakawali.
Tidak lupa juga kepada insiden kecurian di kawasan taman dimana ianya boleh menjejaskan keselamatan dan menimbulkan kekhuatiran kepada penduduk Taman Camilla Bakawali maka penduduk Camilla Bakawali telah bersetuju untuk mewujudkan SRS.
Soal kesihatan zahir dan batin tidak dilupakan dengan mengikuti bengkel yang disediakan oleh NGO lain. Malah satu gotong royong perdana telahpun dilaksanakan dimana pokok pokok yang besar yang boleh menyebabkan kerosakan telahpun dipotong.
Sebagai penutup Tahun 2024, pihak KRT Camilla Bakawali telah mengadakan mini sukaneka dengan melibatkan komuniti malah pihak KRT telah menjemput pihak bomba untuk menunjukkan demonstrasi bagaimana memadam api. Ini adalah penutup program sempena menyambut Tahun Baru 2025 yang akan tiba.
Maka pihak KRT mengucapkan syabas kepada semua AJK yang terlibat dan tidak lupa kepada komuniti Camilla Bakawali yang turut hadir menyokong setiap program yang diadakan oleh KRT demi untuk mewujudkan serta mengekalkan hubungan baik diantara kejiranan. Pihak KRT Camilla Bakawali memohon ampun dan maaf sekiranya ada kekurang dalam setiap program yang diadakan.
Tidak lupa juga KRT Camilla Bakawali mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2025. Semoga hubungan kita kekal kukuh dan saling bantu membantu dalam menempuh tahun 2025 yang semakin mencabar. Gemilang dan Terbilang. Camilla Bakawali memang hebat.



Post a Comment