Program Sarapan Pagi & Majlis Penyerahan Borang "Back To School"


Tarikh : 5hb Jan 2025 - KRT Camilla Bakawali telah mengadakan program sarapan pagi bersama komuniti Camilla Bakawali sempena menyambut tahun baru 2025. 

Ramai ahli yang hadir untuk memeriahkan program tersebut walaupun dalam minggu pertama tahun 2025 yang masih awal. Program tersebut bermula pada jam 8:00 pagi dan mula rancak dalam jam 8:30 pagi. Program tersebut disusuli dengan kehadiran YB Tuan Muhammad Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani, ADUN Batangkali bersama team nya yang turut sama memeriahkan suasana dalam jam 10:00 pagi.

Program tersebut diteruskan dengan penyerahan borang "Back To School" oleh Pengerusi KRT Camilla Bakawali kepada YB untuk tindakan selanjutnya. Selain dari itu, satu Referendum memohon pengurangan cukai  oleh penduduk Camilla Bakawali juga telah diserahkan kepada YB untuk diusulkan ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Acara diteruskan dengan sedikit jamuan pagi bersama YB dan perbincangan santai bersama beliau. Program tersebut berakhir dalam jam 12:30 tengahari dengan bergambar bersama YB dan Jiran Wanita KRT Camilla Bakawali.


Untuk gambar lain untuk program tersebut boleh rujuk di Laman Sosial Rasmi KRT Camilla Bakawali.

Post a Comment

Previous Post Next Post

Subscribe Us

Bitcoin