Tarikh 27hb Mac 2025 - KRT Camilla Bakawali telah mengadakan program Jom Masak Bubur Lambuk seperti yang disarankan oleh pihak Jabatan. Program tersebut telah diselia oleh saudara Din London selaku ketua chef yang mengetuai programtersebut bermula pada jam 9:00 pagi bertempat di kediaman rumah beliau.
Aktiviti memasak telah dibantu oleh jiran wanita yang bertungkus lumus untuk menyediakan bubur lambuk dengan kos sebanyak RM200. Dengan beras 5kg serta bahan bahan lain, sebanyak 100 pek bubur lambuk telah berjaya disediakan. Aktiviti memasak telah selesai pada tengahari.
Seterusnya, agihan bubur lambuk telah mula dilaksanakan selepas asar. Agihan tersebut berpusat di kabin Ilham Kasih Camilla. Agihan tersebut diagihkan kepada komuniti Camilla Bakawali dan sebahagian lagi dibawa keluar untuk diagihkan kepada komuniti sekitarnya.
Agihan telah dilakukan di tapak pasar malam telipot. Agihan dikedua dua tempat telah berjaya diselesaikan dalam jam 6:00 petang.
Untuk gambar lain, boleh layari di laman sosial rasmi KRT Camilla Bakawali.




Post a Comment