Majlis Iftar KRT Camilla Bakawali

 


Tarikh 27hb Mac 2025 - KRT Camilla Bakawali telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama sama penduduk Camilla Bakawali bertempat di kabin Ilham Kasih Camilla. Lebih dari 70 ahli komuniti bersama sama keluarga hadir untuk memeriahkan suasana. 

Majlis ini diadakan sempena penghujung ramadhan yang bakal berakhir sebelum komuniti Camilla Bakawali mula bercuti dan pulang ke kampung untuk merayakan Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran wakil dari YB Tuan Muhammad Muhaimin Harith,ADUN Batangkali yang diketuai oleh Tuan Kamal Abshah dan juga En Izzat dari Jabatan Perpaduan.

Majlis ini telah berakhir sebelum isyak dimana masing masing meneruskan agenda untuk bersolat Isyak dan terawih. 

Gambar lain boleh dilayari di laman rasmi sosial media KRT Camilla Bakawali

Post a Comment

Previous Post Next Post

Subscribe Us

Bitcoin