Hulu Selangor, 19 April 2025 – Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Kempen Skim Rondaan Sukarela (SRS) Keluarga Anggota SRS Peringkat Negeri Selangor, bertempat di Dewan Komuniti Kampung Sentosa, Kalumpang. Program ini turut digabungkan dengan Ramah Mesra Jentera Perpaduan Daerah Hulu Selangor Tahun 2025, melibatkan pelbagai aktiviti berbentuk komuniti.
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Che Roslan Bin Che Daud, Ketua Pengarah JPNIN. Dalam ucapannya, beliau menekankan peri pentingnya peranan masyarakat dalam memperkukuh keselamatan dan perpaduan melalui penglibatan aktif dalam Skim Rondaan Sukarela dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT).
Penyerahan Sijil Kelulusan & Simbolik Penubuhan SRS Camilla Bakawali
Antara sorotan utama majlis ialah penyerahan Sijil Kelulusan Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) serta pengiktirafan rasmi kepada SRS dimana Taman Camilla Bakawali adalah salah satu KRT yang telah mendapatkan kelulusan tersebut. Sijil tersebut telah disampaikan kepada Puan Nor Hasliza, selaku Pengerusi KRT Camilla Bakawali.
Sebagai simbolik kepada penubuhan SRS di kawasan tersebut, Puan Liza telah disarungkan Vest rasmi SRS oleh Dato' KP JPNIN, disaksikan oleh pegawai dan para hadirin. Penubuhan ini menandakan permulaan baharu dalam usaha membentuk komuniti yang lebih selamat, prihatin, dan bersatu padu.
Lawatan Mesra ke Gerai-Gerai Pameran KRT
Sebelum ke acara utama, Ketua Pengarah JPNIN telah meluangkan masa untuk melawat gerai-gerai pameran anjuran KRT dari seluruh daerah Hulu Selangor. Lawatan ini memberikan peluang kepada komuniti untuk mempamerkan makanan tradisi, hasil kraftangan dan produk tempatan, yang menggambarkan kekayaan budaya pelbagai kaum di Malaysia.
Lawatan tersebut turut memberi ruang interaksi mesra antara pemimpin jabatan dan masyarakat akar umbi, sekaligus memperkukuh hubungan dua hala antara kerajaan dan rakyat dalam menjayakan inisiatif perpaduan.
KRT Camilla Bakawali tidak mahu ketinggalan dalam mengadakan fgerai dimana KRT Camilla Bakawali telah menyediakan bihun sup dan juadah lemang serta rendang untuk santapan hadirin yang hadir. Malah KRT Camilla Bakawali telah memenangi Johan sebagai gerai terbaik sehingga terwujudnya "The Purple" yang menjadi pramusaji kepada gerai tersebut.
Program seperti ini membuktikan komitmen berterusan JPNIN dan masyarakat dalam memperkukuh keharmonian serta keselamatan negara melalui kerjasama erat antara agensi kerajaan dan komuniti setempat.
Untuk gambar gambar lain boleh rujuk di laman Sosial Media KRT Camilla Bakawali
#PerpaduanMalaysia #SRS #KRT #MalaysiaMADANI #HuluSelangor #JPNIN #KomunitiBersatu*






Post a Comment