Pada 1 Mei 2025, komuniti Camilla Bakawali telah mengadakan Program Potluck Hari Raya yang berlangsung meriah di Kabin Ilham Kasih Camilla. Acara yang bermula pada jam 9.00 malam telah menghimpunkan lebih dari 50 orang penduduk setempat dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan.
Program ini dianjurkan bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk setempat dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti. Pelbagai juadah enak hasil sumbangan dan air tangan penduduk telah memeriahkan majlis, mencerminkan semangat gotong-royong dan perpaduan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pegawai JPNIN, En. Mohammad, dan Pengerusi KRT dari perumahan bakawali 2 tingkat, Kemboja, Anggerik dan Seroja yang turut hadir bersama-sama memeriahkan suasana. Beberapa buah lagu Hari Raya yang telah disumbangkan oleh penduduk Camilla Bakawali turut menambahkan kemeriahan sambutan majlis tersebut.
Majlis berakhir sekitar jam 11 malam dengan senyuman dan kenangan manis buat semua yang hadir. Gambar penuh boleh dilayari dilaman sosial KRT Camilla Bakawali




Post a Comment