Hidupkan Jiwa Komuniti Kita


Pernahkah kita terfikir, betapa indahnya jika taman perumahan kita bukan sekadar tempat tinggal, tetapi menjadi rumah yang hidup, penuh dengan kemesraan, saling membantu dan rasa kekitaan?

Mari Kita Suburkan Semangat Kejiranan

Kita semua datang dari pelbagai latar belakang, namun berkongsi satu ruang dan udara yang sama. Dengan sekadar senyuman, sapaan pagi, atau huluran bantuan kecil, kita sudah mula membina jambatan hati antara sesama jiran.

Aktiviti Ringkas, Impak Besar

Antara aktiviti yang boleh dilakukan secara kecilan mengikut lorong adalah seperti :

  • Adakan gotong-royong bulanan, walau sejam cuma
  • Anjurkan aktiviti santai seperti potluck atau senam pagi atau briskwalk
  • Galakkan anak-anak kita berkenalan dan bermain bersama
  • Wujudkan kumpulan WhatsApp khas untuk saling berkongsi info & bantuan

Manfaat Hidup Berkomuniti

Apabila kita saling mengenali, hidup menjadi lebih tenang dan ceria. Rumah terasa lebih selamat, hati lebih damai. Dalam suasana yang penuh kepercayaan, kita akan sedar, jiran yang baik itu sebenarnya seperti keluarga yang kita pilih.

Buangkan segala sifat hasad dengki, sindir menyindir, cemuhan, membuat fitnah dan segala sifat yang boleh merosakkan hubungan harmoni sesama kita

Hiasi diri dan lidah kita dengan memberi galakkan dan berterima kasih atas usaha yang dijalankan walaupun kecil.

Seruan Untuk Kita Semua

Jangan tunggu orang lain mulakan, mungkin kitalah ‘cahaya kecil’ yang akan menerangi seluruh komuniti ini. Jom, kita hidupkan kembali semangat kampung di tengah kota ini.

Itulah yang diwujudkan KRT Camilla Bakawali sebagai jambatan untuk mengeratkan hubungan sesama kita.

Bersama, kita bukan hanya membina taman tapi membina jiwa dalamnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

Subscribe Us

Bitcoin