Alhamdulillah, pada 5 September 2025 yang lalu, KRT Camilla Bakawali telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dengan penuh meriah dan sederhana. Suasana petang itu menjadi lebih bermakna apabila penduduk, dari anak kecil hinggalah warga emas, berkumpul bersama berarak sambil berselawat di sepanjang jalan berdekatan padang futsal, tanda kasih kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Majlis diteruskan dengan pertandingan hafazan dan doa oleh anak anak komuniti yang terdiri dari kanak kanak tadika dan anak remaja. Acara dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada azan maghrib dan menunaikan solat maghrib sebelum acara diteruskan pada jam 8.00 malam.
Acara pertandingan azan oleh anak anak komuniti diteruskan dan majlis kemuncak adalah persembahan nasyid dikalangan anak anak komuniti dan jiran wanita. Majlis disudahi dengan ucapan ringkas oleh tetamu jemputan dan dilengkapi dengan jamuan ringan bersama para hadirin yang hadir memeriahkan suasana.
Apa yang paling indah ialah rasa ukhuwah dan kebersamaan yang jelas terpancar. Semua tetamu hadir dengan senyuman, bergotong-royong menjayakan majlis, dan pulang dengan hati yang lebih tenang serta semangat baru untuk mengamalkan akhlak Nabi dalam kehidupan seharian.
Terima kasih kepada semua jiran tetangga yang hadir dan menyumbang tenaga serta masa. Insya-Allah, majlis seperti ini akan terus menjadi agenda tahunan kita bagi menyuburkan kasih sayang sesama insan dan menambah rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW.
Untuk gambar gambar lain boleh layari laman sosial rasmi Facebook KRT Camilla Bakawali




Post a Comment