Program ini dianjurkan dengan satu matlamat mudah tetapi bermakna — mengajak anak-anak remaja mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat, berfaedah dan penuh nilai disiplin. Lebih menggembirakan, sambutan yang diterima sangat menggalakkan apabila lebih 15 orang anak-anak dan juga ibu bapa hadir serta mendaftar untuk menyertai program ini.
Sesi dimulakan dengan perkongsian santai daripada wakil Persatuan Silat Gayong Malaysia tentang sejarah ringkas Silat Gayong serta perjalanan seni persilatan ini. Peserta turut dibantu dengan urusan pendaftaran dan menerima baju t-shirt rasmi program sebagai kenang-kenangan permulaan.
Bahagian yang paling menyeronokkan tentulah sesi pengenalan gerak asas silat. Walaupun ramai yang pertama kali mencuba, masing-masing kelihatan bersemangat dan tidak sabar untuk memulakan latihan sebenar. Suasana malam itu dipenuhi gelak tawa, semangat dan rasa ingin belajar yang tinggi.
Untuk makluman semua, sesi latihan persilatan akan bermula pada 25 Januari 2026 dan akan berlangsung setiap malam hari Isnin, jam 9.00 malam di gelanggang Teratak Ilham Kasih Camilla.
Diharapkan program ini bukan sahaja dapat melahirkan pesilat muda yang berdisiplin, malah dapat mengeratkan hubungan kejiranan serta memupuk kecintaan terhadap seni warisan Melayu dalam kalangan komuniti kita.
Kalau ada yang berminat, jangan malu-malu — jom sertai kami dan sama-sama hidupkan suasana sihat di Camilla Bakawali!



Post a Comment