Perlawanan Persahabatan Futsal Eratkan Jaringan Belia Bakawali



Camilla Bakawali, 3 Januari 2026 – Perlawanan Persahabatan Futsal antara pasukan Tricksters FT dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) telah berlangsung dengan jayanya di Gelanggang Futsal KRT Camilla, Bakawali. Program ini dianjurkan oleh SRS dan Jiran Muda KRT Camilla Bakawali bagi memperkukuh hubungan silaturahim serta menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan belia komuniti setempat.

Sebanyak empat pasukan mengambil bahagian, iaitu Tricksters FT A, Tricksters FT B, Tricksters FT C dan pasukan SRS, dengan penyertaan seramai 40 orang pemain. Setiap pasukan dibarisi tujuh pemain utama dan tiga pemain simpanan. Perlawanan bermula tepat jam 8.00 pagi dan dikendalikan oleh pengadil, Mohd Izwad bin Azim, mengikut format masa 7-2-7 minit bagi setiap perlawanan.

Keputusan akhir menyaksikan Tricksters FT C muncul sebagai johan keseluruhan, diikuti Tricksters FT A sebagai naib johan. Pasukan SRS menduduki tempat ketiga manakala Tricksters FT B berada di tempat keempat. Hadiah dan piala telah disampaikan oleh wakil Pengerusi KRT Camilla Bakawali, Mohd Iskandar, Timbalan Pengerusi KRT Camilla Bakawali, sejurus perlawanan berakhir pada jam 10.30 pagi.

Perlawanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk menilai kekuatan dan kelemahan pasukan, malah berperanan mencungkil bakat baharu serta meningkatkan kemahiran taktikal pemain melalui situasi permainan sebenar. Selain aspek sukan, program ini turut menyumbang kepada pengukuhan perpaduan komuniti dan memperkasa peranan belia dalam aktiviti kemasyarakatan di kawasan Bakawali. Untuk gambar aktiviti boleh layari laman sosial rasmi KRT Camilla Bakawali

Post a Comment

Previous Post Next Post

Subscribe Us

Bitcoin